07 August 2011

Bestnya Puasa: Sahur Jom..!!

(^_____^)
Sedekahkan senyuman di bulan Ramadhan ni..

Alhamdulillah, hari ni masuk seminggu dh kita puasa... cukup jgk seminggu bersahur... setakat ni x miss sahur lagi... Yey!!

walaupun ramai dah tau, nak gak cite pasal sahur ni..
sahur membawa maksud makan awal pagi sebelum subuh sebelum memulakan puasa di siang hari bulan ramadhan..

“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis Riwayat Muslim

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis Riwayat Bukhari)


walaupun hukumnya sunat,  sahur ni amat penting.. makan sahur boleh bagi tenaga sepanjang kita puasa dari Subuh hingga waktu Maghrib...

kesimpulannya, korban tidur kejap untuk bangun sahur... sahur x perlu makan berat2 pun, seteguk air dengan kurma pun dah cukup.... (^^,)

“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

update ringkas untuk hari ni..
till next moment..
puasa ye, jangan ponteng...:)

Source: Sahur



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...