25 November 2011

Rahsia Tapak Tangan

(^_____^)
Keep on smiling..

Hari ni 25 November 2011, xde pape yang special pun kecuali pagi tadi xde kelas.. Weee...!! :P
Update sket ntuk hari ni,  Rahsia Tapak Tangan....

********************************************************************************
Lupa ambik info ni dari mana, sebab saya sangat rajin "copy-paste" untuk baca sendiri je... Mana-mana artikel menarik, saya paste kat Word pastu baca time-time free... Hobi, hee :)


1. Garis kehidupan
Semakin panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya..

2. Garis kecergasan
 Berkait dengan keupayaan dan tahap pemikiran ntuk berjaya ke peringkat tertinggi.. Semakin jelas dan lurus garisan menunjukkan usaha gigih ntuk berjaya..

3. Garis cinta/hati
Garis panjang dan lurus menunjukkan kesetiaan dalam percintaan.. Kalau garis tersebut putus-putus, kemungkinan beberapa kali gagal dalam bercinta sebelum bertemu cinta sejati atau mungkin juga curang (!)

4. Garis kejayaan
Bilangan garisan mewakili jumlah kejayaan yang bakal diperoleh dalam kerjaya atau bidang yang diceburi...

5. Garis matahari
Sekiranya garisan ni kelihatan jelas dan nyata, ia menunjukkan orang tu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan.. Ada juga yang mampu berjaya dalam dua bidang pada masa yang sama..

6. Garis Kesihatan
Sekiranya garisan putus-putus, ia menunjukkan tahap kesihatn yang kurang memuaskan.. Jika lurus dan tidak putus, itu menunjukkan tahap kesihatan yang baik..

7. Garis perkahwinan
Jika garisan membentuk bulatan menghala ke kanan hingga ke tapak tangan, diramalkan akan mempunyai perkahwinan yang kekal dan bahagia selamanya..

8. Garis bilangan anak
Jumlah garisan halus dan pendek mewakili bilangan anak yang bakal diperoleh...

9. Garis perjalanan
Orang yang mempunyai garisan ini jelas dan terang adalah orang yang sukakan kehidupan yang mencabar, suka berpindah-randah dan cepat bosan dengan suatu tempat...

10. Garis kewangan
Jika garis ini jelas, dikatakan mampu memperoleh wang yang banyak dalam pekerjaan yang dilakukan..

11. Garis pergelangan tangan
Setiap garis mewakili 25 tahun jangka hayat...

Done..!! Gitu la antara info-info yang dapat... Tapiiiii, jangan la caye sangat... semua benda jadi ikut kehendak Allah.. Sekadar ramalan semata-mata, jangan percaya sangat TAU...

*********************************************************************************
Selingan, karangan di atas bukan lagi cerita yang nak disampaikan... :)

Ceritanya bermula di sini..............

Orang kata garis di tapak tangan menunjukkan berapa banyak cabaran, dugaan yang kita tempuh sepanjang hidup kita... Tak tau la btol ke x, tapi 1st time jumpa orang yang hidup dia sangat-sangat senang or bleh kata x banyak halangan... semua benda yang dia buat menjadi.. Time susah je, tup-tup ada je orang datang tolong.... sangat senang, kan?

Start bisnes, untung... Tiba-tiba dapat susah, on the spot ada orang tolong... Sampaikan nak buat jahat sket pun x tertangkap... Haha... Hebat x?

Orang tu kata semua tu mindset... Yakin tu mesti ada, plus positive thinking, semua benda jadi senang... Hmm, mungkin la kot...

Pe kaitan cerita ni dengan Rahsia Tapak Tangan??
sebab tapak tangan orang tu xde banyak garis... x banyak means x banyak cabaran hidup... atau mungkin dia memang suka cabaran dan semua dugaan, cabaran x nampak susah bagi dia... Haha...

Actually x tau apa motif tulis pasal ni  hari ni, just rasa nak cerita.. :)

That's all for now..
Till next moment..

P/s : To orang itu, i think u know i writing about u :) haha...

11 November 2011

The Past Odyssey

(^_____^)
Smile a lot on 11.11.11
Tarikh lawa tu, mesti ramai nak wat majlis hari ni... Tunang, kawin, macam-macam lagi...

A brief update on the past 2 month's events.. peram lama-lama, tak update-update lagi, haha.. :P
Oleh sebab ni dah final year kat UniMAP, Photonic girls banyak wat aktiviti bersama... Ni je masa yang ada ntuk get together, lepas grad semua dah balik umah masing-masing... Then kerja, kawin,  ada anak... Dah xde masa dah nak jumpa-jumpa, buat macam-macam sama-sama...

Ok, flashback 2 bulan lepas...

On 20th September 2011, birthday salah sorang Photonic girls... gi makan-makan dan karaoke sama-sama...

The Photonic girls

On 16th October 2011, ber"Steambot" beramai-ramai kat Embun Dingin Corner... Nyum,nyum..

Sedapnyeeeee.. :P

The Family

Muka-muka kenyang
On 26th October 2011, sambut Deepavali... hehe :P Tipu je... Hari tu gi sudden trip to Langkawi... Kenapa panggil sudden trip? Sebab malam tu plan, esok pagi terus gi... Trip 4 orang selama 2 hari dengan kos setiap sorang RM106 x termasuk makan-makan ngan shopping..
Otw to Langkawi

Pantai Cenang
Main air pantai jap sebelum balik

Akhir sekali, raya korban yang berjaya wat aku mabuk daging buat kali pertamanya... Tu la akibat sedut gearbox sampai 2 ketul.. Haha :D

That's all for now,
till next moment...

pics credit to Syariniey Amran, Suriati Suhaimi and Zaim...

06 November 2011

Salam Aidiladha 1432H

(^_____^)
Senyum di Aidiladha...

Rasanya tak lewat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kat semua yang baca blog ni.. Raya korban kan lama, 10 sampai 13 Zulhijjah kan? kalau salah, tolong betolkan ye.. :)

Walaupun raya ni tak nampak meriah macam raya Aidilfitri, tapi best lagi raya ni...

Why??
Sebab boleh makan daging, hati, perut dan seangkatannye puas-puas... huahaha :P
sedap, sedap, sedap.... nyum, nyum...

Raya tahun sempat gi tempat orang wat korban, tengok proses nak wat korban... start dari urusan jual beli sampai time lembu tumbang untuk dikorbankan... lama tak tengok orang sembelih lembu, time kecik-kecik dulu je penah tengok.... very long long time ago :|

Makanan favourite time raya ni semestinya daging goreng, hati goreng, sup tulang, sup perut... Emmm, sangat sedap... Sedut isi dalam sup gearbox paling best... Tapi berisiko dapat sakit jantung, kolestrol tinggi tu... haha :)

so sorry sebab entry ni x bergambar.... terkagum kejap time orang sembelih lembu, tak ingat nak snap-snap... haha, jakun tiba-tiba... :P

that's all for now..
actually banyak benda dah wat bulan lepas tapi x terstory lagi...
next time story morey yeeee...
till next moment...

p/s: next raya korban Insyaallah nak wat korban guna duit gaji, hehe.. :)

08 October 2011

Tasty Treat at CWB's Corner, Studentmall

(^_____^)
still, a smile to greet my lovable readers....
sekian lama jugak x update blog x seberapa ni... :)

hari ni, nak mempersembahkan antara sebab x sempat nak online lama-lama.....

PRESENTING......


jeng.. jeng... jeng......!!!
ni la dia antara sebab malam-malam menjadi x free... tempat kerja part-time kat Studentmall UniMAP Kg Wai.... hee :)

tengok, dah makin maju dah sekarang... dulu start dengan jual waffle je kt tepi longkang kafe, sekarang dah ada kedai sendiri... produk pun makin bertambah... alhamdulillah, berkat usaha tokey-tokey yang tough-tough... haha (^_^)

berusaha belajar buat poster, tampal poster, promote sket-sket untuk bagi customer-customer lama tau kedai ni dah start bukak balik kat tempat baru.. tokey-tokey pun sibuk berusaha belajar buat produk baru untuk jual...

setiap tokey kena jaga produk masing-masing... ada yang belajar wat murtabak maggi ikut youtube je, ada yang try test wat bubble tea sampai jadi, masak itu ini ntuk bagi kat customer produk yang teeerrrrrbaaaaaiiikkkk..... :)

minggu ni baru tambah lagi 1 produk, aiskrim yang sedap,sedap,sedap..... so, sapa-sapa student unimap or readers yang dekat-dekat boleh la datang sini beli macam-macam makanan sedap-sedap....

JOM RAMAI-RAMAI, datang beli waffle ke, crepe ke, murtabak maggi ke, bubble tea ke, dadih ke.... nak bli semua pun boleh (^_^)

PROMOTION:
Nak yang free??? time birthday nanti datang tuntut hadiah kat sini... ONE item only....

15 September 2011

UniMAP again... as 4th year student...

(^_____^)
smile again.. and again....


Selamat kembali ke sekolah UniMAP... kali ni sebagai 4th year student :)
kadang-kadang rasa "kejap je belajar, dah nak abis", tapi kadang-kadang rasa "lambatnye nak abiss..!!"

gitu la aku sebagai student... lepas 4 bulan ber"honeymoon" kat umah, sekarang sampai balik kat perlis ntuk teruskan setahun lagi jadi pelajar dedikasi di UniMAP ni...
selamat bertemu lagi assignments, tests, exams, tutorials, lectures, labs and so on, so on...
(^_^)

umah lak, makin senior makin ke belakang.. hahahahampess... :P kena exercise lebih sem ni, jalan ke tempat tunggu bas.... extra skinny laaa... :|
sem ni dapat master room, macam time 1st year dlu... rekod kekal, 7 sem x pernah dapat bilik no. 3 lagi.. azam nak dapat bilik no 3 tak tercapai lagi... :(

minggu ni tak banyak kelas sebab pesta konvo... mood nak belajar pun tak berapa nak ada lagi.. homesick kot, haha :P

that's all for now,
till next moment....

07 September 2011

Lagu Tema Latihan Industri

(^_____^)
smile again and again...
selamat datang lagi ke blog x seberapa ni...

mood: kurang berkobar sebab cuti dah nak abis, :(
still x puas cuti, wohoho...

ok, hari ni nak story morey pasal lagu-lagu tema time LI... hehe, siap ada lagu tema bagai... ala-ala drama jiwang-jiwang lak...

saja kata lagu tema sebab tiap-tiap kali nak gi dan balik dari USM, mesti dengar lagu-lagu ni... kebetulan asal duk dalam kereta je dengar lagu-lagu ni...

jom tengok lagu apa yang bertuah, cekikdaud.... :p

Pulanglah by Awi Rafael


Lagu tema pertama masa duk ulang alik USM.. lagu ni memang sangat-sangat kebetulan dimainkan kat Era.fm tiap-tiap kali dalam perjalanan gi dan balik dari USM... x kira la dalam versi melayu atau inggeris, mesti ada lagu ni.. What a coincidence..!!

Aishiteru by Zivilia Band


lagu comel-comel ni mula-mula dengar masa malam kebudayaan sekolah rendah tempat ma aku mengajar.. tiba-tiba macam best lak lagu ni... pastu masuk keje kat USM pun duk dengar lagu ni jugak... sebab staf jabatan panggil aku Ai, adik-adik praktikal tambah jadi kak Aishiteru... so call me Ai Ai Aishiteru... hoho tiba-tiba ter"riak" tanpa sebab yang logik... :p

Suara Azan by Fitri Haris


suka lagu ni... tau lagu ni dari asma, nak tau sape nyanyi je.. sekali dengar, rasa cam suka je... terus download.. :)

Lagu Sedih by V.I.P.


lagu ni selalu dengar tapi x tau langsung sape nyanyi... tajuk pun x tau masa mula-mula dengar... lagu sedih yang x berapa nak sedih... M-Pop ke ni..??

Tiga Kata by KRU


lagu ni dengar time minggu-minggu akhir kat USM.. suka korus dia...

Wo ai ni
or readingI love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

tu la antara lagu-lagu yang jadi theme song untuk drama bersiri "Praktikal Cik Ai Ai Aishiteru", haha *perasan menjadi-jadi :p

best kan lagu-lagu tema drama baru ni?? hohohotak kaw...

that's all for now..
thanx a million bunch for reading my precious readers,
till next moment..


04 September 2011

Salam Aidilfitri 2011

(^_____^)
still smiling in RAYA mood...
masih x lewat ntuk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca yang sudi baca blog yg serba kurang ni....

Raya tahun ni full ngan aktiviti-aktiviti raya yg "soooo Raya" walaupun penat.. start dari day 1st of Raya sampai la raya ke-5 semalam (3 Sept)..

1st Day of Raya

Macam tiap-tiap tahun, raya pertama mesti balik umah Mok Tok di K.Krai... tp tahun ni x semeriah tahun-tahun sebelumnya sebab tahun ni raya pertama tanpa Tok Ayoh..

ondaway to Mok Tok house

ntuk raya ni, 1st time nak try belit-belit, wee~ kureeng....... :p

2nd Day of Raya

Beraya kat umah family friends and relatives... start pagi sampai petang, round-round dari area Kota ke area Salor... jumpa sedara mara yang lama x jumpa... tapi no picture taken :(

3rd Day of Raya

Bigwork Time...!! My cousin's wedding this day....

Hantaran dari pihak perempuan

The siblings, in pink red

BTW, this day also quite special to me... my 3rd anniversary with him :) *blush*

4th Day of Raya

Open House Time....!! sapa x datang rugi, haha... antara menu-menu yang special........


mee kari ada, bihun sup ada, nasi dagang pun ada.... nyum2... rugi x datang taww, hehe :)

Lama x pakai jubah, hee~

Makan mee kari dengan jayanya..

5th Day of Raya

last day of cuti ntuk adik-adik, ma dan abah... arini konvoi antar menantu yg kawin raya ke-3 aritu... destinasinya ialah Besut, Terengganu... sampai kat umah pengantin lelaki dalam pukul 12, makan-makan then balik.... unfortunately jgk, no picture taken.. :(

gitu la sket sebanyak story morey di hari-hari raya..arini semua dah back to school, so raya is over... :)

best fact pasal raya 2011 ni...
=> dapat puasa sebulan di rumah dan x miss sahur even once..
=> xde istilah rebut tiket bas, countdown nak balik kampung and jadi paling last balik kampung.. haha
=>best fact..!! still dapat duit raya.. weehehe!! (^_^)v

guess that's all for now..
till next moment...

18 August 2011

Sesi Praktikal 3 Bulan++ di USM

(^_____^)
a smile on the 18th of Ramadhan..
semalam Nuzul Al-Quran...

nak jugak cite pasal ni walaupun dah lama expired dari program latihan industri, pengalaman sepanjang praktikal memang ingat sampai hari ni... happy, tension, kelam kabut, kelakar, terasa, wat orang terasa, semua ada... (^_^)

start praktikal 2 Mei sampai 21 Julai, tapi still ulang alik USM sampai akhir Julai sebab nak siapkan report.. ehehe :)

dah bagitau dalam entry sebelum ni, ada 4 benda yang kena belajar kt Unit Mekatronik ni iaitu.... jeng3....
  1. System (2 minggu)
  2. Calibration (4 minggu)
  3. Maintenance (2 minggu)
  4. Project Management (4 minggu)
xnak cite panjang, tengok la gambar-gambar yang ada yee... (^_^)


mula-mula masuk, just ikut technician gi repair barang-barang rosak kat lab-lab.. pastu start blaja sistem-sistem kat USM.. tangki kat atas tu tangki yang kena panjat ntuk tengok camne rupanya ultrasonic sensor ntuk detect level air..


masuk minggu ke-3, start blaja calibration lak.. blaja btolkan measurement dan error-error nya, :p
time paling x banyak keje, ehe... tapi bila ada keje, kena sangat-sangat teliti...


calibration ada 2 part, yang gambar atas ni weighing device calibration.. btolkan error penimbang guna standard weight dari berat 1mg ke 2kg...


gambar ni tengah blaja pipette calibration.. nak tau pipette tu ambik measurement btol ke x... measurement semua kecik-kecik.. semua mili-mili je... 8-)


ni pun tengah wat pipette calibration...  lepas wat semua tu, kena wat calculation lak, manually... hehe..


ni gambar time gi kursus kat Sg. Petani.. Bengkel Khidmat Lestari ngan Jabatan Pembangunan Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.... pasal bengkel dah cite kat entry NI

tu je gambar yang rasa nak tunjuk, haha.. banyak ag tapi malas nak upload dah...
ok, abis cite..

till next time yaa... :)

11 August 2011

Bestnya Puasa: Pengalaman Puasa di Tempat Orang

(^_____^)
senyum sokmo kat semua yang baca...
alhamdulillah, dah 10 hari berjaya menyempurnakan ibadat puasa...
20 days to go...

teringat pengalaman puasa masa kat matrik ngan awal-awal masuk unimap dulu... FYI, matrik ialah tempat mula-mula aku stay di asrama... x penah pun masuk asrama sebelum ni, hee~

ok2, terus ke titik..

masa kat matrik, sahur jarang-jarang je turun dewan makan... atas faktor-faktor malas ngan asrama jauh ngan dewan makan... dah la jalan suram je, creepy... selalunya sahur kat bilik je, ngan stok-stok meggi yang ada... hehe :p

time berbuka lak, tiap-tiap hari ikut turn serve makanan ntuk berbuka ntuk asrama masing-masing.. susun tray, isi makan minum ntuk berbuka...

Hidangan berbuka

sempat jugak berbuka puasa ngan mentor dan mentee-mentee seperjuangan, 2 kali... kat restoran western ngan umah mentee terdekat... memorable moment (*_*)

Berbuka kat restoran western, wee~

tiba-tiba teringat member-member kat matrik.... (T_T)


masa duk U lak, lain ngan matrik... makan minum ntuk berbuka kena beli sendiri, ehe.. makan sama-sama ngan housemates... sahur lagi la jarang-jarang... kalau bangun pun, minum air sikit pastu tido balik... ahaha :)

sempat gak berbuka ramai ngan coursemates kat kuala perlis...

ambik angin malam lepas berbuka

sempat jugak sama-sama tunggu bas nak gi bazar ramadhan..

tunggu bas nak gi bazar

miss every moment ngan kawan-kawan matrik & coursemates kat unimap...

apa pun, berpuasa kat umah dengan family tetap SUPER BEST.... sahur ngan family, berbuka ngan family... best3... (^_^)

that's all..
harap-harap yang baca ni paham la..
rasa cam tunggang langgang je ayat...
puasa2...:p

till next time..

07 August 2011

Bestnya Puasa: Sahur Jom..!!

(^_____^)
Sedekahkan senyuman di bulan Ramadhan ni..

Alhamdulillah, hari ni masuk seminggu dh kita puasa... cukup jgk seminggu bersahur... setakat ni x miss sahur lagi... Yey!!

walaupun ramai dah tau, nak gak cite pasal sahur ni..
sahur membawa maksud makan awal pagi sebelum subuh sebelum memulakan puasa di siang hari bulan ramadhan..

“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis Riwayat Muslim

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis Riwayat Bukhari)


walaupun hukumnya sunat,  sahur ni amat penting.. makan sahur boleh bagi tenaga sepanjang kita puasa dari Subuh hingga waktu Maghrib...

kesimpulannya, korban tidur kejap untuk bangun sahur... sahur x perlu makan berat2 pun, seteguk air dengan kurma pun dah cukup.... (^^,)

“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

update ringkas untuk hari ni..
till next moment..
puasa ye, jangan ponteng...:)

Source: Sahur



01 August 2011

Salam 1 Ramadhan

(^_____^)
still smiling and fasting..
adik-adik semua puasa x?
thihihi..

hari ni 1 ogos 2011 bersamaan 1 ramadhan 1432H bermulalah hari pertama umat islam memulakan ibadat puasa buat kesekian kalinya.....

dengan ini, saya nak ucapkan.....

Selamat Bersahur,
Selamat Berpuasa,
Selamat Kawal Diri dari Batalkan Puasa,
Selamat Berbelanja untuk Berbuka,
Selamat Berbuka Puasa,
Selamat Berterawih,
dan selamat semuanya....

(^^,)
banyakkan sabar & elakkan membazir beli juadah berbuka...
1 lagi, jangan dok over maen mercun ye...



brief update...
till next moment...

p/s: rse cam guna ayt skema melampau lak.. wuhuu.. ;)

03 July 2011

Bengkel Khidmat Lestari USM

(^_____^)
greetings adorable readers..
how are you??

lamanya x update blog ni.... so so so so sorry.. bukan sibuk pun tapi kemalasan itu berlebih-lebihan.. thihihi :P

sebab kesiankan blog ni berhabuk tanpa isi2 x berapa nak penting, hari ni nak story morry sket-sket pasal trip ke Sungai Petani... bukan trip biasa tapi join staf-staf USM dalam Bengkel Khidmat Lestari...
New Experience ok, bagi aku yang blur-blur kayu ni...


nak join bengkel ni siap cabut undi sakan, sebab nak ikut 4 orang tapi big boss bagi 2 orang je ikut.. part ni kurang best sebab x semua dapat ikut.. :(

DAY 1
bertolak pukul 9.30 and sampai Sg Petani dalam pukul 5 di Swiss Inn Sg Petani.. hari pertama yang agak hectic kes xde bilik.. wahaha :D
dapat ikut sebab ganti tempat orang yang x dapat pergi tapi mana nak tau bilik dah set awal-awal.. x pasal-pasal kalut.. nasib baik puan supervisor tolong, dapat gak bilik untuk 3 orang... thanx a million bunch madam supervisor.. (^^,)
bengkel start malam tu dan still blur-blur tengok staf-staf lain yang aktiviti masing-masing.... hoho..

DAY 2
sambung bengkel semalam tapi kali ni kitorang masuk grup staf.. baru la x terasa pelik sebab semalam x buat pape pun.. thehehe.. ikut je staf-staf buat task yang fasilitator bagi... belajar-belajar benda baru, dari zero sampai paham sket-sket..

:: bincang2 pasal tugasan, khusyuk2 ::

lepas abis bengkel malam tu, ikut staf-staf USMKK gi makan char ketiow.. nyum2, sedap sebab orang belanja.. wohoo..

DAY 3
last day untuk bengkel, sesi bengkel terakhir pagi tu.. then ada penyampaian hadiah, kumpulan kitorang masuk menang.. weeheee!! :P

:: Grup 4 yang havoc ::

overall, bengkel ni agak beshh.. beshh sebab dapat tido hotel, makan sedap.. ok, bukan sebab tu pun.. beshh sebab dapat rasa suasana dalam kalangan orang-orang yang dah kerja dan belajar benda baru...

thanx USM sebab bagi peluang ikut bengkel ni... (^_^)



that's all for now..
untuk update kali ni..
see u next moment...

12 May 2011

Selepas 2 minggu berpraktikal....

(^_____^)
sweet smile greet everybody..

lamanya x update page ni..nak kata sibuk, takde la sibuk mana.. bukan x buka langsung Blogger.com ni, tapi buka ntuk baca entry-entry baru blogger-blogger tegar je... (-_-')

btw, dah lebih kurang 2 minggu dah kat umah... orang lain merantau berpraktikal di negeri orang, budak ni berpraktikal di negeri sendiri.... nevermind, janji ada tempat... wahahahahaha....

fyi, sekarang aku tengah praktikal di Jabatan Pembangunan USM Kubang Kerian.. ditempatkan dalam unit mekatronik dengan 3 orang lagi budak praktikal lain... agak ok la berpraktikal kat sini, technician-technician semua sporting dan banyak benda dapat dalam 2 minggu ni... Nice!

..:: jadi warga USM selama 12 minggu ::..

1st thing belajar kat situ, baiki pc.. haha, benda baru.. dari zero kepada ilmu baru, very the like.. kadang-kadang ikut mana-mana technician baiki barang dalam kampus USM dan HUSM... banyak alatan yang x penah tengok, tiba-tiba cam jakun giler2... hehe..

still, praktikal best buat masa sekarang.. 2 minggu ni baru habis belajar sistem, lepas ni sebulan belajar calibration, pastu maintenance, pastu project management... pastu abisss...yehuu!!

ok2, cukup dulu story pasal praktikal...
that's all for now..
till next time..

15 April 2011

Masquerade Dinner

(^_____^)
a smile greets all even though final exam is about to start..

cuma nak story morry pasal 1 cerita basi sebab event tu dah lama lepas (080411)

"MASQUERADE DINNER"


jamuan makan malam anjuran majlis perwakilan kolej kediaman tan sri aishah ghani atau KKG bertemakan "Glamorous With Mask".. selaku personal assistant (PA) kepada encik YDP majlis perwakilan iaitu Cik Abang saya, saya berjaya jadi "tukang sibuk" daam event ni.. ke hulu ke hilir follow dia urus hal-hal event.. tampal poster, cari topeng VIP, jumpa orang, macam-macam lagi.. sibuk sungguh menyibuk saya ini (*_*)

:: Tukang sibuk @ PA ::

ni la gambar PA tak berbayar itu, berjaya cari topeng lagi mahal dari topeng Cik Abang dan buat pertama kalinya pakai lawa-lawa dengan blaus pilihan Cik Abang,tudung-tudung dan fashion advisor tajaan housemate yang comel-comel.. thanx buat saya jadi lain dari biasa, (^^,)

majlis bermula dengan ucapan VIP,sesi makan-makan, penyampaian hadiah dan games untuk tetamu-tetamu majlis.. suka tengok semua sporting ang all are dressing glamourously.. 1st time ada dinner dengan mask-mask bagai ni, good job and congrats kepada ahli-ahli MPKKG yang banyak bersusah payah nak pastikan event ni run smoothly..

:: With glamourous housemates ::


:: Us @ Masquerade Dinner ::

FYI, dapat jugak bawa balik 2 hadiah malam tu, hadiah sebab tolong menyibukkan diri dalam hal-hal MPKKG dan 1 hadiah lagi Queen of the Nite (??)
tak pasti la camne budak-budak ni pilih, adakah konspirasi YDP atau .......?? title tersebut kelakar sebab ramai lagi dressing vogue-vogue segala ok.. aha.. adik, ma pun gelak bila bagitau dapat hadiah dengan title tu..
"camne dorang pilih?"
"haha, camne boleh dapat"
kata dorang, muahaha..

abis cerita hikayat Masquerade...

ada 2 lagi event lagi berjaya di'attend' 2 3 hari ni iaitu i-INVEX dan Anugerah Gemilang Siswa.. tapi takde gambar-gambar sebab SE W810i saya agak manja-manja biawak sekarang..

gi i-INVEX pun sebab BFF Cik Abang masuk bertanding.. sambil-sambil gi, tengok-tengok la invention student-student dari sekolah menengah, universiti tempatan dan antarabangsa dan politeknik.. sangat5 menarik invention mereka-mereka ini.. memang tak rugi gi tengok, banyak juga la pamphlet-pamphlet dikumpul...

Anugerah Gemilang Siswa lak gi sebab Cik Abang dapat Anugerah Budi Gemilang.. dia kata hari tu dah teman gi MeGA'11, sekarang kena teman dia lak gi AGS'10.. tapi takde gambar jugak.. best gak gi AGS ni, tengok performance artis-artis UniMAP, student International, band, macam-macam lagi....

phew, tiba-tiba cam banyak lak taip..
that's all for now..
guess seeing you guys again after final exam..
wish me luck in final ya, 5 papers to go through in 2 weeks..

bye for now.. (^_____^)

01 April 2011

MeGA'11

(^_____^)
smile, smile, smile....

Happy April everybody!!
eh2, dah bulan 4 dh??
final bulan ni..(T_T) cepatnya masa berlalu....

straight to the topic..


MeGA, Microelectronic Gala Awards pada 28 Mac 2011..
ala-ala Grammy Awards bunyinya, haha.. ni kali ke-2 aku di majlis anugerah ni dalam masa 2 tahun setengah di UniMAP ni.. dua-dua majlis aku attend sebab dapat Anugerah Bestari..
untuk anugerah ni, aku rasa ni best perfomance aku dalam exam dengan pointer 3.32.. tu pointer untuk sem 5, bukan keseluruhan.. kalau keseluruhan, baru lepas sket dari 3 pointer..

enough babbling, jom tengok gambar malam MeGA 2010/2011..

Saya menang award, ihiks..

 
Saya jugak, wahahaa..


..:: The Housemates ::..


err.. gaya junjung award sume ok..


Us @ MeGA'11

tu sedikit sebanyak gambar-gambar yang rajin di'upload' untuk entry kali ni.. segan tunjuk banyak-banyak, sebab aku posing cam ayu kayu... bab-bab posing memosing ni memang fail sket..

akhir kata, tahniah kepada semua yang dapat anugerah dekan, anugerah bestari dan anugerah sukan.. thanx a zillion bunch juga kepada Cik Abang sebab jadi driver hantar gi Dewan Kapitol, Cik Syariniey dan Cik Suriatiey atas gambar-gambar di MeGA'11 dan semua orang-orang yang terlibat...

02 March 2011

Bulan Mac Sudah...

(^_____^)
sweet smile welcomed my lovable readers..

sekarang jarang sangat5 jenguk2 Blogger.com atas faktor2 line internet slow macam siput2 dan masalah2 yang direka sendiri... thehehe :)

oleh sebab teringin nak update hari ni, maka wujud entry x seberapa ni... what's the story??

My adorable readers,


adakah anda2 dah melawat page My Waffle & Kerepek Centre?? bisnes waffle yang semakin maju dengan macam produk2 sampingan dari usahawan2 UniMAP.. ada ice-blended, dadih dan macam2 lagi.. dah makin meriah cafe tu.. (^^,)
looking forward to the next event (kalau ada)...

story number 2...
semalam (1 Mac) cukup 2 tahun setengah berstatus in a relationship with Cik Abang, ehe..



semoga status ni tahan sampai bila2 dengan orang yang sama.. pray for us yaa!!

story seterusnya pasal study..
mood keMALASan meruap-ruap.. jadual yang sangat x pack buat saya jadi MALAs ok.. jadual pack pun bising, x pack pun nak bising jugak, x syukur langsung.. :P
lagi sebulan ntuk final exam.. sem ni 5 paper akan tentukan thap pointer seterusnya, harap2 terus naik..
lepas exam, kena siap2ntuk praktikal pulak... haishh...

nak update sepanjang mungkin,
tapi selalu mati idea nak mengarut...

guess it's all for now..
till next moment yaa!

"LIVE TO LEARN TO LIVE"

23 February 2011

Sebulan Kemudian......

(^_____^)
greetings ladies and gentlemen...

hampir2 sebulan x update blog.. antara alasan2 agak munasabah adalah............
malas + tenet slow + assignment & test + part-time

entry sebelum ni story pasal part-time job dalam bisnes waffle bersama Cik Abang... lepas CNY aritu, dah selamat beroperasi bisnes waffle di Kg Wai... (^^,)

btw, kedai waffle di Kg Wai dah ada page sendiri di Facebook, so rajin2 la like page
untuk tau lebih lanjut perkembangan My Waffle..

event pertama disertai My Waffle di Karnival Jom Masuk U! di Dewan 2020 di Perlis... sambutan amat menggalakkan walaupun ada sket masalah teknikal, ehe..

thanx a zillion bunch to all sharepartner and those that support My Waffle & Kerepek Centre...

sebenarnya kurang idea nak update buat masa ni..
think that's all for now..
promise u more story next moment..
till we meet again

"LIVE TO LEARN TO LIVE"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...